Sunday, May 20, 2012

congrates!!

tahniah kepada hafiz sebagai juara mania yang pertama. kemenangan yang dah dijangka oleh aku ngan ayah. yelaaa. kalau dah jaclyn ngn stacy la jadi juara siapa lagi yang layak kan. baru tau rupanya komposer pon dapat duit jugak. ingatkan juara je dapat. makin kaya la ahmad dhani tu. balik indonesia teros jadik kaya raya. yelaa. dapat RM300,000 kot. convert jadik rupiah dah berjuta juta. betol tak?

tahniah jugak kat pasukan bola kelantan sebab menang Piala FA. tapi kalau warganegara Malaysia yang gol kan lagi berganda bangga kan. huhu

Tuesday, May 1, 2012

cabut gigi mu

yee. sekarang aku dah kat rumah. mengganggur duduk rumah sampai bulan september. aku tak nak kerja. TAK NAK! TAK NAK!. hahaha. malas tahu tak. misi aku cuti nie ialah mengahabiskan duit mak bapak. hahaha. *dasar anak tak guna.

hari nie dah hari yang ke-5 aku kat rumah. heaven gilaaa kot duduk rumah. boleh online 24 jan tanpa wifi putus-putus, boleh tengok tv dalam banyak gaya dan posisi, tidur sampai dunia tak ingat aku. yang tak best nye takde kawan nak maen-maen sama lagi dah. semua dah kat rumah masing-masing.

semalam teman ibu pergi cabut gigi. ibu cakap dah lama dah sakit. tapi kalau tengah sakit gigi mane boleh teros cabut kan. so, kene la tunggu sampai dah tak sakit. bila dah tak sakit je teros  dengan pantasnye aku memecut kereta vios ibu (nak mention jugak kete ape, keji betol) pegi ke klinik idaman gigi nya itu. risau betol ibu sebab takot nanti doktor dah tak nak terima patient. terpaksa la kan aku memacut.

sampai-sampai je tengok ramai kot kat klinik. sekarang musim pegi klinik gigi ke?. curiga la aku.

lepas daftar duduk la kan tunggu giliran, ade 3 orang cina ag sebelom mak aku. mase duduk tu aku ape ag, joy la ngan galaknye ngn ibu. tapi ibu just senyum-senyum je. yelaaa. gigi tengah sakit. mane nak cakap banyak. muahahahaha

tiba-tiba ade laki cina muda tegur tanya ibu nak cabut gigi ke. ramah gilaa kot cina tu. so, ibu layan laa. yang cina nie cakap la die takot nak cabut gigi. dulu die merempit pon tak takot macam die nak cabut gigi nie. aku just senyum je laa. haha

pastu ade sorang budak kecik cina (cina lagi) , die nages-nages tak nak cabut gigi. parents die pujuk la kan. aku tak paham sebab dorang cakap cina. mungkin aku boleh amek kelas bahasa lepas nie. baru la boleh paham kan. kalau cina tu ngumpat aku, aku boleh lah balas balek sambil cakap cina. mesti nanti cina tu terkejut berok, berok pon tak terkejut macam tu. ok, aku dah mula merepek. haha

lepas ibu cabut gigi makin sakit pulak aku tengok. pipi bengkak. hari nie kami sekluarga makan bubur nasi je sebab ibu tak boleh kunyah makanan. nanti gigi nye kembali berdenyut-denyut.

bubur pon sodappp. :)

Thursday, January 26, 2012

hampeh

ok. hari nie dah hari khamis. maksudnye dah 5 hari aku duduk menjeruk kat rumah tak buat pape. ish. naek hari isnin dah la teros exam. tak study sekecil hama langsung lagi. ape nak jadik neyhhhh!!. waaaarghhhhhh!. -.-'

first day je dah fizik. warghhhh. tak pernah dapat A pon. tak tau la nape beliau susah sangat. dah la sains komputer tibe tibe masok sampai programming. JADAH!!. banyak gilaaa tau tak?. database tu pon aku tak ingat langsung pape. boleh pulak nak keluar sampai programming. ape ingat kitorang macam komputer ke?. kalau pekse guna komputer boleh la cari kat internet jawapan. hahahahaha

semalam keluar pegi kedai buku ye. kedai buku sahaja. tak berjoli bersama rakan rakan tercinta pon kali nie. tujuan pegi kedai buku ialah untuk MENGHABESKAN BAUNCER BUKU 1 MALAYSIA. kaya aku ade RM 200. kaya kaya. AKU KAYAAAA!!!. *tibe

dah la. aku tak tau nak cakap ape lagi. kbooiiiiii. hahahaha


Wednesday, January 11, 2012

askar wataniah

salam

woohoooo. belakang aku ade cctv nokk. kene hati hati update belog nie. buahahaha.

korang tau tak aku dah seminggu jadik askar wataniah?. ok. nie merepek.haha.takde makne nye aku nak jadik askar. dah la gedik. hahaha. aku dah jadik atlet dah sekarang. yela, macam mane tak jadik atlet. rabu lepas maen petanque. khamis maen basketball. jumaat bola tampar pastu isnin maen futsal.

maen futsal ngan basketball tu, aku berpeluh basah macam mandi dah. permainan yang sangat sangat tak basah ialah petanque. yelaaa. diri je tegak tegak pastu lontar bola kecik tuu. itu je la ulang ulang buat 12 kali. balek tu tangan just sengal sengal je laaa. yang paling dahsyat mesti la futsal ngn basketball. maen sampai badan sakit sakit, jalan terkengkang kengkang. perghh!. azab kot.

aku rase berat aku dah kurang 3 kilo. buahahahaha.perasan gilaa.walhal hari tu baru je naek 3 kilo.kecewa tau berat naek.dah la sekarang dah kurang makan. tibe ibe naek 3 kilo. aku macam ptffffff. ish. dah kene bersukan nakturun kan balek. aim utama nak turunkan berat sampai 45 kg jeee. hahaha. tapi macam kurus sangat pulak. takpe takpe. tengok je la nanti turun bape. kalau turun balek jadik berat yang asal pon dah bersyukur. hehe