Saturday, December 24, 2011

ilmu baru

salam

wohohohhh. lame kan tak update. alaaa awak nie. kita bukan tak nak update. tapi busy gila bila dah start sem 2 nie. banyak gila keje nak kene siapkan. banyak gila 'gila' . cuti cuti pon banyak keje. nak update mase hari rabu mase kelas sc comp pon tak boleh dah sebab sekarang dah ade pasang cctv. nanti kantoi la kita meng-update belog ketika dalam kelas.


haaaa. nie sekarang aku kat rumah. balek cuti krismas. cuti sampai isnin je. tapi sebenarnye bukan tu sebab utama aku nak balek pon. aku balek nie sebab hari nie birthday ayah!. hoho. balek laa nak celebrate same same.*tunjuk gigi*


tadi aku ngah syok syok online tetibe aku ade nampak status someone nie. die cakap:

perhatian Umat Islam!!!Penting!! Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya, HARAM bagi seseorang umat Islam untuk ucap "Merry Christmas"..ini kerana ia bermaksud ''Sejahtera Keatas Tuhan Jesus" (NAUZUBILAH) Sebarkanlah perkara ini, berdosa kita jika tak sampaikan benda yang hak.. (NAUZUBILLAH).. sila sebarkan jika anda beragama ISLAM..


aku macam. "ape!??. cisss bedebah betol!!!." konon konon je nie. hahaha


begini sekali orang kafir buat. ish. ish. ish. 


jadi nye kawan kawan, pesan kat semua kawan kawan korang, adek adek korang, jangan la cakap perkataan tu ag. even nyanyi pon tak boleh la kan. betol tak?. memang la itu bukan niat kita kalau kita nyanyi nyanyi lagu perayaan nie, tapi kan secara tak langsung kita dah tersebut "perkataan" tersebut. 

Wednesday, December 7, 2011

lagenda

 salam

salah satu game yang paling 'legend' antara semua game-game apps Apple
yang dimain oleh kanak kanak sampaiorang dewasa
semuanya suka bermain game ini?
Kenapa?
Apa yang best sangat game ni?
Cam simple je, game berkaitan burung-burung yang marah kepada babi-babi berwarna hijau yang mencuri telur mereka
jawapannya sebab....
Angry Birds....
dipenuhi dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah

1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)

antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang marah tu semuanya sanggup berkorban
menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan
mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri
tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih?
yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri!
yang putih pula?
sanggup mengorbankan anaknya!
itu bukanlah satu pengorbanan yang senang
menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad
segala-galanya untuk mencapai satu matlamatmenjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya... terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga..."

(At-Taubah 9:110)

2) Amal Jamaie

dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh
burung-burung yang marah itu tidak bertindak secara berseorangan
malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan
maka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka, bertindak secara berjemaah
untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu

3) Tanzim (organisasi) yang tersusun

tapi adakah diorang main langgar je sape yang serang dulu tidak diorang sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbeza
setiap burung mempunyai isti'ab (penguasaan) yang berbeza
jadi diorang susun
sape pergi dulu, lepas tu sape pergi dulu
kenapa?
sebab Saidina Ali mengatakan

"Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun"

4) Gerak kerja yang Muntijah (berhasil)

bagaimana pula cara diorang susun sape yang pergi dulu dan sape yang pergi dulu?
diorang susun dengan menilai
bagaimanakah cara yang paling muntij dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itu
maka setiap orang yang mempunyai isti'ab yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya
yang reti potong kayu pergi serang kayu
yang boleh hancurkan batu pg hancurkan batu
dan menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka
untuk detect, apakah kelemahan musuh kita
dan dengan segala kekuatan serta isti'ab jundi (tentera) yang berbeza-beza
bagaimanakah kita ingin menyusun strategi
untuk mencapai ustaziyatul alam

eh silap

untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit, dan masa yang paling cepat

5) Taat

dan sebagai qiyadah
perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuang
adalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atas
dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan
pasti tidak ada orang yang nak main
dan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh
jika qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas

6) Ukhuwah

lastly
kena faham
bahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuat
itulah teras dan tunjang utama kekuatan diorang
mereka sedih, marah, apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya
mereka merasai penderitaan saudara-saudara mereka

kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu bersaudara
seperti mana kita umat Islam bersaudara
jika salah satu daripada saudara kita sakit/derita, kita turut merasakan penderitaannya
dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita
daripada musuh yang nampak di dunia
dan juga musuh yang tidak nampak
yang menarik kita ke api neraka

kenapa?

sebab kita menyayangi saudara kita
sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang
kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam
tidak akan wujud game Angry Birds
jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka
begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam
malahan mustahil akan menang gerakan Islam
jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat"

(An-Nasr 110:1-3)

sedarlah
pertolongan Allah tidak akan datang jika tidak wujud ukhwah dan kesatuan di kalangan umat Islam
dan prinsip kepada kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan Al-Banna
semua yang korang baca tadi
adalah pengajaran daripada Angry Birds
tapi ada satu lagi pengajaran yang tersirat
iaitu jika kita melihat dunia ini dengan perspektif Islam yang jernih
kita akan memasuki sebuah dunia yang berbeza
dan kita akan mampu melihat apakah masalah umat Islam sebenarnya, sehingga mereka tidak mampu menang-menang lagi sampai sekarang...



#hahaha. saye amek kat facebook nie. kehkehkeh

Thursday, November 10, 2011

jenjalan #2

salam

perghh. nikmat betol cuti. dari pagi sampai petang online, tengok movie kalau tak kuar pegi jenjalan. bangun bangun pegi dapur tengok ape boley makan. then makan depan laptop. heaven. hahahaha. kantoi je tak mandi lagi. hahahahaha

semalam pegi hangout ag. tapi kali nie ngan kawan kawan sekolah dulu. jumaat lepas tu ngan kawan kawan matrik yeee. alahai. yg kat jenjalan #1 tu laaaaa. dah lame dah tak jumpe mereka. dari lepas amek result spm tahun lepas kot. lepas tu semua pon dah busy nak sambung study. tapi mereka bukan kesah sangt pon sebab mereka semua kat kmj. aku je tersesat pegi kmm tu. ape la naseb. haishhh!~


haaa. tengok ini pic dari kiri yee. yang purple tu tak tau study kat mane sekarang sebab die kelas laen. tak kenal sangat.. shawl merah kat uthm. sebelahnye tu aku laa kan kat kmm. kenal tak?. tau la cun. hahaha. dan sume yang ag empat ke kanan tu semua nye kat kmj. kmj dimonopoli oleh budak budak tigs yeee. bosaannn. hahaha

sebenarnye janji nak jumpe pukul 2 tapi aku pukul 10 dah kuar rumah sebab nak teman piqa pegi sekolah dulu amek sijil spm. so, puluk 12 lbey dah sampai dah kat bpmall tu. sampai sampai je terus makan kfc ngan fify sebab dah lapo tahap gaban.

kuar kali nie tak buat aktiviti ape sangat sebab fify nak balek pukul 3 aku pulak nak balek pukul 4. nak tengok wayang pon tak sempat. kami just lepak lepak kat food court bpmall tu sambil ketawe terbahak bahak umpama food court itu kami yang punya. muahahahahahahahahaha!~


duduk kat food court tu bley tahan lame la jugak. dah la duduk ramai ramai. tapi fazreena sorang je yang beli makanan. maggi je pulak tu. boley la kan. buat ade ade. tira ngan wana ag laaa beli mr.magic je. walhal sebelah tempat kami duduk tu cantek je ade tertampal papan tande "OUTSIDE FOOD ARE NOT ALLOWED". hahahahaha



lepas lepak lepak kat food court konon nak pegi maen bowling. siap dah diri depan pintu ag. tapi tak jadik sebab ramai orang maen. mungkin tiada lane lagi untuk kami. so amek pic depan bowling je laaaa. weeeee


aku yang jerit jerit 'cepat amek pic kat eskalator. sorang satu tangga' buruk perangai kau nie rupenye. hahaha


akhirnye lepas tak jadik maen bowling kami karok je laaa. samapi serak serak suara aku nyanyi. sape suruh kalian malu malu. aku nyanyi je la banyak banyak lagu walhal aku bayar seringgit jeee. kahkahkahkah


nie pic before fify balek. pose dulu gaya model. nampak tak ketinggianku di situ. yang tira aku tak tau die pose gaya ape tu. hahaha


aku paling suke pic nieee. nampak tak senyuman aku lebar. comel gak ek senyum macam nie. nak senyum macam nie la lepas nie. nampak gigi semua. comel. comel. hahaha. perasannn. 


Wednesday, November 9, 2011

lipas

salam

tadi aku joget joget nak pegi toilet 
nak amek wuduk nak sembahyang isyak
yela kan. nak amek wuduk mesti la nak pg sembahyang kan
tak kan tetibe pegi merempit pulak.
betol tak?. 
hahaha
lalu aku berdiri di hadapan pintu toilet
warghhh!!!
ade lipas kat sinki
perghh!
takot!. takot!
lari lari aku tanpa joget joget pegi kat ayah
ayah siap cakap
'eleh, badan besar takot lipas'
alaaaaaaaa
bukan takot
tapi tau tak lipas tu pantasss
mcm mane kalau tetibe die naek badan aku
haaa!. haa! haaa! kan?
nak cakap tu je
kbai

jenjalan #1

salam.
woooo. hari nie dah rabu. esok khamis. tulat jumaat. warghhhh!!. dah seminggu aku cuti. tinggal ah seminggu jeee. ish. ape pasal cepat sangat nie?!!.. tau tak aku tak puas ag nak jenjalan. haishh!~. tolong la ea jangan nak jeles sangat + dengki ngan aku kan biar cuti habes cepat. perghh. membara jeeee.

aku balek rumah kan lepas habes paper chemist hari khamis. nie esok dah khamis balek. ciss. aku tak buat pape pon kat umah. berjalan pon tak puas ag. aku baru je habes menonton secret garden dah beberapa movie laen. pergh!. perkataan nye. 'beberapa' tu. kahkahakah

khamis lepas roomate aku ikut sekali balek umah aku. yelaa. kan ahad nak raya haji. kampung beliau area area umah aku gitu laa. jadik nye kitorang dah merancang nak jenjalan jumaat tu. ape ke jadah malas benor la budak nie. jenjalan tu hari jumaat lepas. nie hari rabu baru nak update. pemalas tahap cipan betol laaa. sebenarnya aku tunggu orang tu update pic. baru la bley update. ye tak. betol tak aku cakap nie. betol kannnn. hehe

rancangan asal nak pergi makan kat polka dot. polka dot nie famous ngan roti john die laa. so, lepas zuhur tu gerak la pg SO sebab polka dot nie kat area tu. bila dah sampai So nie, orang yang nak belanje nie tak sampai ag. so, aku pon jenajalan dulu ngan ziqa. ziqa nie roomate aku. tengah syok syok jalan bley plak tetibe terserampak ketua praktikum aku ngan kuar ngan anak sepupu aku. perghh!. tak pasal pasal aku kene pow. shioott betol. disini la bermula nye nasib malang pada hari tersebut. cewah!~. tak payah nak malang sangat la kan najwa mahadi oiii. 

saat kemuncak kehancurah hati bila tetibe pergi kat tapak polka dot tu. boley pulak polka dot tu takde kat situ. aiyakkkk!!! dah gulung tikar ke?!!!.. punah harapan yang selama ini ku baja. waaaaaaaaaaaa~
lalu kami pon pergi teros ke bpmall untuk mengejar pizza hut. hahaha

 
haaa. nie pic ngan makan. betapa rakus nya kitorang selepas dikecewa kan. makan sampai licin tuu. hahaha
makan pizza banyak banyak tapi aku bayar RM 12.10 jeee. murah kannn. hahaha
lepas makan jalan jalan tanpa arah tujuan. memang buang mase betol laaa. nak tengok wayang tak sempat kan. sebab kene balek before pukul 7. yelaaa. kan anak dara. rak baek balek lewat lewat sangat. cehh!~. 




macam comel je cite kucing tuu. nanti nak tengok laaa. haaaa. korang nampak tak?. nampak tak?. try tengok pic tu betol betol. baju kitorang same!!!!.. hahaha. warna je laen. 

tapi..
tapi..
nape aku macam dah gemok?.!!. waaaaaaaaaa


Monday, November 7, 2011

hello cuti

salam
heeee. yeay!!~. cuti 2 minggu. yipppyyyy. well, actually nie kira macam cuti semester laa. kitorang baru je habes exam. perghhh!~. exam tak nak macam pttftpf pulak kan. soalan macam out of syllabus!. lagi lagi fizik. soalan nye memang tak dapat di fahami langsung. dah la tetibe otak blank. formula sume lupee. penat je aku stay up sampai pkol 4 pagi. baek aku tido pkol 8 malam. tak payah nak stay up kalau macam nie jadik nye. aku rase kalau aku tak stay up aku macam bley jawab ngan lagi baek jeee. huh!

naek cuti nie pulak ade MUET yg writing punye. speaking dah lepas dah. soalan nye pon agak mendera perasaan laa. ble cakap kat kakak soalan nye susah sedap je die jawab 'kalau soalan senang, nanti semua orang dapat band 6 pulak'. pergh!~. kene balek. huh!

ok. cukup ngan bebelan pasal exam. hahaha. sekarang aku nak menikmati cuti 2 minggu. lupekan semua pasal study. buahahahaahaa!~.
next entry nak buat pasal aktiviti mase cuti laa. heeee!~

Wednesday, September 28, 2011

berhati hati

salam..

wohohoh. aku nak update. tapi cikgu nie asyik berkeliaran je.. minggu nie tak berjaya la nak update panjang panjang. haishhh!~
ok. beliau berkeliaran ag. 
aaaaa. die datang. die datang. dah la upload web tetibe semua pic tak keluar. benci!. benci!. benci!


Wednesday, September 21, 2011

salah sendiri

salam..

wohohohoh. aku datan kembali. sekarang nie ngah curi  curi update belog mase amali sc comp.yelaaaa. aku ngah amali sc compa la nie. jangan ragu ragu. betol a ape korang bace nie. hahaha

aku selalu nye kalau esok ade kelas dari malam aku dah siap kan semua buku buku dan masuk kan dalam beg. bukan ape, takot ade barang tinggal. malas seyh nak menapak balek kat hostel semula.

mase aku ngah kemas kemas tu. aku cari la pendrive aku. yela , nak gune kot sebab sekarang ngah buat assingment sc comp. semua benda simpan dalam tu kot. tetibaa '' sheetttttt!!!!'' tertinggal kat umah!. bangang!~. macam mane bley tertinggal kat umah. siot betol laaaa. tu la akibat nye, cikgu suruh tinggal kat lab je ngengade kau nak bawak balek. kan dah tetinggal. dah la aku nie malas nak balek umah. jauhh kotttt. perghh! perghhh!. perghh!

aku baru berangan berangan tak nak balek sampai final november nie. tetibe pendrive tertinggal plak. bagaimanakah?. siottt betoll laaaaa..
benci!.. benci!!. benci!.

Sunday, September 18, 2011

'M' untuk malas.

 salam.

wohohohoo. lame gilerr kot tak update. bukan tak nak update, niat tu ade. tapi tapiii malas tu yg lebey. ngn tutor + report + assigment bertimbun. mane sempat seyh. nak online pon internet kentot kentot. ape laaa nasebb.. haishh!~

sejak masok matrik nie perangai malas nie bertambah tambah pulak. malas nak balik rumah kat batu pahat. malas nak cuci baju. pergi kelas malas nak pakai tudung betol betol. senget sane sini. sungguh kurang senonoh yee. hahaha

kalau terrajin sikit pakai la aku shawl pergi kuliah.

kau tengok. siap pakai purdah ag. rajin tak aku?. hahaha

cakap pasal shawl nie.. teringat pengalaman pertama kali pakai shawl pergi kelas. semua orang ternganga kau nampak aku. cantek sangat la tuuu. segan silu aku tau. hikhikhik (konon je laa)

kalau dulu aku paling rajin tolong makan makanan orang. tapi sekarang makanan aku sendiri pon aku tak habes makan. adakah aku kehilangan selera makan?. ade kawan aku cakap aku dah kurus tapi ade jugak cakap aku dah gemok. mane satu yang betul nie?. ibu cakap dah kurus samapai nampak macam galah. hebat kan?. hahaha

sejak masok matrik nie banyak betol kuiz. setiap minggu kot. kat matrik nie memang tak bley rehat langsung. hari hari pon kene study untuk exam or kuiz. next week ade exam agama pulak. dah la agama tu memang aku tak pernah ade bukunye. bila dah takde buku, kompem kompem la aku tak pernah bace. betol tak?. dapat tak bayangkan logik nye disitu. hahahaha

aku nak study rajin rajin la. nak 4 flat untuk sem 1 nie. doakan aku tauuuuu. =)

Saturday, July 23, 2011

terus menerus

salam..

yeay!~. dah terlepaspon buat kuiz pengucapan awam tu. main redah je walaupon takde bahan edaran. buat selambe katak je. katak?. hahaha
naseb baek buat tanpa ade student laki. sebab mase tu mereka mereka dah pegi solat jumaat.tapi walaupon yang tinggal semua student perempuan aku tetap jua gugup. sampai tajuk sendiri pon lupa. buruk sangat kan perangai. gabra sangat tu. hahaha



sekarang nie busy nak ups plak. tau tak ups tu ape?. meh. meh sini datang dekat.nak habaq la nie. UPS itu ialah UJIAN PERTENGAHAN SEMESTA. warghhhhh!~. sangat takut tahu. macam nak SPM balek je. dah la nanti result aku di pos terus ke rumah. maksudnye, akan terkantoi la resul daku. hopefully dapat la result yang bagus dan teramat bagos. tak nak la dapat yang teruk teruk. malu la nanti. doakan ok. amin. huhu

ok. dah tak tau nak tulis ape ag. mungkin next entry nak cakap pasal roommate aku yang gonjeng la. tunggu ye. hahaha

daaaa!~

Thursday, July 21, 2011

kerakusan

salam..

hoho. akhirnye sempat juga nak meng-update. huishh!!~. memang dah bersawang habes la kan. woohoo. sangat sibo ye sekarang.sejak masuk matrik nie. memangsume nye berjalan sangat pantas sampai tak sedar dah berzaman tak update blog usangku ini.cewah!~

susah woo nak online kat sini. wifi asyik terkentot kentot je. laptop pon takde. merempat kat laptop orang je. ini la nasib badan. pembelajaran kat matrik memang la tersangat laju. seminggu tu, kuliah bley habes chapter yang sangat berjela jela itu. kadang kadang sampai terkejar kejar. lunch pon tak sempat makan. minom milo je.malam pon kadang kadang ade kelas sampai pkol 10. kene buat tutor lagi. memang 'sumpeck' gile la.

malam tido lambat. tapi pagi bangon awal sebab nak study. bley di katakan setiap mingguade kuiz. dan setiap minggu jugak la aku berdebar debar nak jawab kuiz. bely kene sakit jantong aku macam nie tau tak. haishh!~. takpe takpe. bersusah susah dahulu. bersenang kemudian. eceh eceh. hahaha

actually sedang mencari bahan untuk kuiz dinmika nie. ade pengucapan awam. dah la aku nie pemalu nak cakap depan orang ramai. tajuk yang aku dapat pon mcam tak bermaya je. PERANAN BADAN EKSEKUTIF, BADAN PERUNDANGAN DANBADAN KEHAKIMAN. sape je nak dengar. haiyaaa.nie sejarah woo. dah masok matri pon kene belajar lagi. nie kat syllabus form 5 ade kan?.

ok. nak sambung caribahan. dah lakuiz nye esok. tak buat latihan langsung. nie baru terkedek kedek nak cari bahan. walhal dah lame dah lecturer bagi task nie. nie la akibatnye menanggug nangguh kan keje. terima la kau hasil nye.



doakan aku berjaya tau buat pengucapan awam nie. marakan untuk final sem woo. kene buat betol betol. yeahhh!!~

Wednesday, June 1, 2011

wordless

biar gambar yang berbicara.



Monday, May 16, 2011

semut vs lalat

salam~

pernah tak korang termakan makanan yang pernah dibuat rombongan semut atau lalat?. eleh. kadang kadang bukan setakat makan makanan yang telah dirombongankan oleh mereka mereka. tapi korang bedal ngan mereka mereka sekali. betul tak?. ngaku je lerrr. hahahaha

ok. ade satu soalan. kalau korang la kan. kalau ade dua jenis makanan. satu makanan dah ade semut lagi satu dah dihinggap lalat. mane korang akan lebih prefer?. makanan yang ade semut ke lalat?. pilih salah satu. jangan cakap. 'dua dua pon tak nak'. aku hempuk jugak kang. korang kene pilih jugak sebab nie berkaitan hidup dan mati. pilih je yang mane mane. same je. sebab dua dua pon dah di singgahi serangga perosak. hahaha

okeh. sape pilih lalat?. angkat kaki cepat!!.. hahaha


mr. lalat

ok. nape korang pilih lalat?. sebab lepas buang lalat tu kire dah selamat la kan. macam tu. lalat besar senang nak buang. kalau semut kecik sangat susah nak cari dan buang. kalau susah sangat nak cari semut tu korang bedal je terus. macam tu. 

sape pilih semut pulak?. sila besarkan mata. sebab semut sangat kecik. hehe

mr semut : jangan makan aku la!~



nape pilih semut?. sebab semut kecik. kalau termakan pon pon bukan perasan. kira halal je la sebab tak nampak ade semut. betul tak?. hahaha

sebenarnye kan, terpulang la kat korang sendiri nak yang mane.

kalau korang pilih lalat. kat sebelah sayap die kan ade penawar. korang tau tak?. alahai. kan selalu orang cakap kat sebelah sayap lalat tu penawarnye. ag sebelah racun nye. sebab tu bile ade lalat masok dalam air. kite kena tenggelam kan lalat tu dulu sebelum buang. memang la macam jijiks. tapi kalau tak nak buat macam tu. buang je la air je. tapi nanti memazir plak. membazir tu kan kawan syaitonn. hehe

kalau semut plak. semut takde penawar. racun pon takde. kat celah celah kaki beliau yang banyak tu takde penawar or racun. ye. betol. takde pape. betol la takde pape. asal korang degil sangat nie. tak nak percaya plak. semut bawak bontot die yang besar dan pinggang beliau yang ramping je. tapi sebenarnye. bile semut dah lalu kat satu kawasan. tak kesah la kat makanan or lantai rumah korang pon. beliau akan meninggalkan jejak. kecik sangat. korang tak nampak pon tapak kaki semut tu, kalau beliau tinggalkan tapak kaki takpe. sebab tak de effect pape pon dalam hidop korang tapi masalah nye beliau meninggalkan sejenis cecair. cecair jir kuar dari bontot beliau yang montel tu. korang tak nampak kot. kadang kadang aku 'terperasan' yang aku nampak. konon konon mate aku ade kuase la tu kan. mata aku kan besar. ok. korang tak tau. hahaha.

cecair tu akan menyebabkan korang akan jadik pelupa. tau tak?. sebab tu orang selalu cakap kat orang yang pelupa tu dorang banyak sangat makan semut. mungkin dijadikan ulam ulaman bersame sambal belacan. bukan nyanyuk ye. sila bezakan dengan betul. hahaha

so, sekarang korang nak pilih mane?. nak jadik pelupa tak?. kalau tak nak pilih la lalat. tapi ingat. lalat tu pernah hinggap kat tahi , buntut lembu, buntut kerbau dan sebagai nye. hahaha

tapi jangan risau. ade penawar kat salah satu sayap lalat tu. muahahahahhaaha!~
sabor je lerr!~

Monday, May 9, 2011

sabor je lerr!~

salam!~

ok. aku dah terpengaruh dengan theme song cite CINTA MELODY. alahai. pukul 6.30 petang hari isnin sampai jumaat. tapi sebenarnye aku tak tengok sangat pon cite tu. tak bley tengok sangat citer indon nie. jalan cite same je sume. penat aku tengok sambil jadik pengarah. tp tergoda dengan lagu nye je. huahuahuahua


heroin nye comel banget!!~.

aku pernah nampak sekali klip video lagu nie yang versi cinta melody punye la. ketawe terbahak bahak aku tengok hero nye (randy pangalila) konon konon nyanyi. jijikss. hahaha

aku nak letak video yang ade randy pangalila tu. tapi tak jumpe plak. rugi la korang tak dapat nak tengok. hehe

dengar la sendiri sane. blueeekkk!~.



Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu


Sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang kuberpikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana


Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan



Saat kau jauh disana rasa cemburu
Merasuk kedalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan


Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu

Dan rasakan a a a aku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini

Pada ketulusan a a ai aishiteru

Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah

ku mohon kau kembali
Kimita tuokukitemo
Kiminoi shuaguaratala
Shiniteruyo shiniteruyo



warghh!!~. tetibe sedey bace lirik die. huwaaaaaaaaaaaa~





Thursday, May 5, 2011

entry tidak bertajuk

 salam!~

amboi. lame benor dah aku tak update. lipas , semut semua berkeliaran dalam belog aku. amboi amboi. korang nak buat sarang ea?. banyak kaki ko!. aku sembur gune ridsect nanti. padan muke. muahahahahaha!~. ade hati nak bersarang di sini pula ye. konon konon nak cantek kan belog aku la tu. ceeeiitttt. piraaaahhhh!~.

aku dah puas menonggeng, mengangkang dah. segala aksi dan pose aku dah buat demi nak mengupdate belog yang ku cintai ini. takpe takpe. mari hari nie kiter cakap pasal kawan.

sape takde kawan kat dunia nie?. cepat jelir lidah. alahai. takkan la takde kawan kot. tipu la. mesti ade kan. tak baek tau tipu. nanti dosa tau. masok neraka. semua orang pon mesti ade kawan kan. tak satu ade dua. takde dua ade tiga. ade orang sampai tak terkira ade bape ramai kawan. aku tak penah pon kire bape ramai kawan aku ade. aku kawan je la ngan sume yang sudi berkawan ngan aku. cewahh!~. 

yela, sape la aku nie nak pilih pilih kawan. aku bukan puteri raja pon. tapi nie bukan maksudnye kalau ade tetibe orang hai hai kat aku tepi jalan aku terus layan. aku kawan ngan orang yang betul betul menggunakan adat berkawan. poyo lerr~. hahaha

tapi bape ramai dalam kawan kawan kite yang menjalankan tanggungjawab dorang sebagai kawan?. mungkin ade kawan mase senang je. mungkin ade kawan susah je. bile senang tak kawan. ble susah baru cari kawan. mungkin ade kawan mase susah senang gembira pon still bersame same gak. korang nak yang mane satu?. mesti la nak yang susah senang gembira bersama kan?. kawan yang menghargai kite sebagai kawan die. kawan yang sentiase sokong kiter. sape yang tak nak kawan macam tu kan. semua orang pon nak. kalau korang tak nak takpe. yang penting aku nak. hahahaha

betul la orang tua tua selalu cakap. kawan gembira senang nak carik. tapi kawan susah memang susah nak cari. tak sesenang nak mencari kawan gembira. dalam 10 orang kawan. mungkin ade 2 atau 3 orang je yang betul betul akan concern ngan kite. dalam ape jenis situasi sekali pon.  

aku bukan nak cakap aku nie kawan yang baek ke ape. kadang kadang aku ade jugak buat kawan kawan aku sdey. tapi aku berusaha untuk tak rosakkan kepercayaan kawan kawan aku kat aku. berusaha untuk sokong dorang. jujur ngan dorang.  aku akan buat ape yang something yang aku harap kawan aku pon akan buat bende yang same kat aku. contoh nye macam kalo aku sokong dorang. aku pon nak dorang sokong aku balek. kalo aku boleh simpan rahsia dorang. aku harap pon dorang bley simpan rahsia aku jugak. kalau aku tolong kawan kawan aku. mungkin aku berharap bile sampai mase aku susah kawan kawan aku akan tolong aku balek. begitu lah seterusnye. tapi takde la aku nak mengungkit ungkit 'dulu aku penah tolong ko. ko kene tolong aku balek'. takde la macam tu kan. aku mengharap dorang tolong aku sebab memang dorang nak tolong. kalau tak nak tolong pon takpe. heee~

bukan nak harapkan balasan. aku ikhlas la.tapi kat dunia nie kan ade aturan. ape yang kiter buat kat orang laen. mungkin kite akan dapt balasan balek. contohnye macam kalo kite suke kutuk joyah. bukan kiter la. aku la. aku suke kutuk joyah. aku selalu giler kutuk kutuk joyah nie. joyah pakai baju koyak la. joyah pakai bedak bercapuk la. joyah kentut tak harum la. tapi sape je kentut harum?. korang? penipu benor. hahaha. macam macam la aku kutuk joyah nie. mungkin pada mase akan datang akan ade orang laen akan kutuk kutuk aku jugak.

aku rase betul kot yang orang selalu cakap 'hidup nie ibarat roda , kadang kadang kat atas. kadang kadang kat bawah'. korang bely relate tak situasi nie?aku kutuk joyah. then , aku kene kutuk jugak akhirnye. sabor je lerr!~. hahaa

aku kawan je yang semua orang. aku bukan jenis orang yang suke cari pasal. aku selalu pikir macam nie je 'ko tak kaco aku, aku tak kaco ko. ko tak suke aku sudah, tu hak ko. aku tak heran'. aku ingat lagi, mase tu aku form 2. ade sorang budak nie dengan selambe dan berani kononnye cakap macam nie kat aku 'weyh fatin, aku tak suke ko'. aku pon cakap balek kat die 'owh. tak suke?. tak suke ye sudah'. cool tak aku?. budak tu siap ternganga tengok aku. mungkin die expect aku akan bertanye nape die tak suke aku.merayu rayu kat die suruh suke aku balek. kurang kerje. kesian. punah harapan die. hahahaha

alahai. kalau orang tu baek gilerr pon tak cari pasal ngan orang. akan ade jugak orang tak suke die. betul tak?. kalau yang jahat lagi la banyak orang tak suke. betul tak?.  hahahaha (ok. macam dah lari tajuk)

aku tak penah la terpikir 'eh, aku nak kawan ngn joyah nie sebab die kaye la. nanti mesti aku selalu kene belanje ngn die'. bila aku kawan ngan someone tu. aku akan berusaha la jadik kawan yang baek. walaupon aku nie tak la baek sangat. nakal je banyak. ape? korang ingat laki je ke bley nakal?. aku pon nakal la. hehe


aku rase aku dah jumpe dah kawan yang menaghargai aku sebagai kawan beliau. terharu aku dowh!!. susah tau nak jumpe. tak semua orang akan jumpe. tapi rupenye aku ade ramai kawan yang hargai aku. aku je yang tak perasan selame nie. sekarang baru perasan. huu~

laen orang laen caranye nak tunjuk macam mane beliau menghargai kawan kawan beliau. kalau aku , mungkin aku takkan cakap kat kawan aku pon aku sayang kat dorang ke tak. hargai dorang tak. tapi mungkin aku akan tunjukkan kat perbuatan aku. macam selalu bagi nasihat ke. dengar masalah dorang ke. sebab ape. sebab aku mengaku aku memang berego tinggi. KLCC pon kalah. hahahaha

akhir kate, <---- (macam karangan pulok dah ). hargai la kawan kawan korang. sebab bila korang menghargai kawan kawan korang. maka korang pon akan dihargai juga. 

i give u my heart buddy!~



Thursday, April 28, 2011

topup lemak!~

salam~


nie sambungan entry bakar lemak kononnye. tapi kali nie bukan nak cakap pasal jogging lagi = sesi membakar lemak dah tamat lepas pusing bape round je kat tasek Y tu. sebenarnye takde la bakar lemak sangat. sebab tak sempat nak berlecak pon ketiak. hahahahahaha. *sungguh tak senonoh perkataan itu*

mesti ade yang pikir 'ekeleh budak nie, gabung satu entry cukup la. nie nak buat asing asing plak.nak banyakkan hasil belog la tu'. mane plak. jangan tuduh tuduh. tak baek. nie sebab aku lawan lawan ngan mak cik wana nie la. perlawanan nye ialah kalau tak buat entry sambutan birthday fazreena pada hari itu jugak akan kalah. sebab tu bawah sekali kat entry nie aku cakap aku tak kalah tu. Tinggal 2 minit je ag mase tu. wana nie dengki ngan aku la tu sebab die dah buat entry pasal bende nie dulu. takpe takpe. aku berjaya gak. yeahh!~

after jogging kat tasek Y tu kiteorang pergi asam manis nak bagi fazreena kek. mule mule nak minum kat gerai dekat tasek tu je. tetibe abang fazreena yang gagah tu nak lepak asam manis pula sebab nak makan roti ape ntah, tak tau namenye ape. tapi aku , wana ngn fify minun air je. yela, bajet mane bnyak nak ngeteh ngeteh kat kedai. wana ngn fify nie bley plak melantak air sejuk pagi pagi buta. normal kan kat malaysia pagi pagi minum air panas. dorang bley plak order teh ais. western la tu konon nye. muahahahaha!~

mase nak bawak kek tu masok kedai asam manis tu. siap segan segan segala bagai ek. wana la yang bawak. then, die sembunyikan sebelah aku mase ngah jalan. naseb baek aku nie cool je. hahahaha.
macam nie la bley kurang kek nye.



haaaa!~ masse nie la kiteorang men-topup lemak. yela, konon la kan dah jogging kat tasek tadi. bakar lemak. tetibe breakfast kek. dengan krim aising penuh plak tu. bertambah balek bape banyak kalori. tak gune je jogging. aku cakap jugak ngan mereka mereka. tapi tangan terus je jalan suap kek masok mulut terus terusan tanpa henti.hahaha

lepas siap makan kek sume tu. aku ngn fify balek la umah wana. sebab mak aku amek aku kat umah wana lepas balek keje. so, kene la lepak2 ngan wana dulu kat umah die.

memandangkan rumah wana nie dekat giler ngan carefour dan square one. jalan kaki pon sampai. aku ngan fify ape lagi.pegi la karok jap kat SO. ngn wana sekali la. takkan nak tinggal die sorang sorang kat rumah. amek 9 lagu. sorang kene nyanyi 3 lagu. tak semput plak. aku ngn yakin nye nak nyanyi lagu ziana zain - kekal. tapi tak sampai seyh suara aku. susah betul lagu tu. kene practice banyak kali nie. first time nyanyi lagu nie habes terkeluar suare jantan. hahaha. tak malu pon ngan dorang. sebab dah biase sangat pergi karok ngn mereka mereka ini.



.fify. aku. wana.

tapi yang paling masyukk kiteoreng karok lagu inul - goyang inul. bergelek gelek la kiteorang dalam bilik tu. naseb baek takde orang lalu lalang. penat giler nyanyi sambil bergelek gelek. lepas karok suara aku bley siap serak serak basah gitu. auuuww. seksinye. hahahaha. dah la serak serak nak hilang suara. bley plak beli cool blog lagi. isk isk isk. makin teruk la. then, kiteorang pon pergi beli KFC. beli dinner plate je. sorang seketul cukup. jangan tamak tamak. mase order nie ngan yakin nye aku cakap kat kakak tu 'nak bungkus, no wings no drumstick ea. hot and spicy'. naseb abek kakak tu cakap bley. kalau tak buat malu aku je. mesti kakak tu dalam hati cakap 'ngngade betul budak nie, nk yang besar besar je'.


wana dapat yang paling besar sebab die tuan rumah. mase nak bayar nie aku selambe je kasik RM 10. padahal harga nye RM 10.85.tetibe kakak tu tegur. malu seyh. naseb baek wana ade seringgit. fify siap dwet dah habes. die bawak RM 10 je. dah karok karok tinggal RM 5. campur ngn aku RM 5 jadiknye RM 10. aku dah takde dwet kecik. wana la kene tambah seringgit. terima kasih daum keladi wana, esok esok buat lagi. hahaha

akhirnye kiteorang pon menapak balek rumah wana nak makan KFC  sambil minum cool blog. 

berjaya tak kiterorang topup lemak semula?. macam celcom lbey banyak kali reload, makin berbaloi baloi. tapi kiteorang topup lemak , makin berlemak lemak lerrr.. hahahaha

Tuesday, April 26, 2011

bakar lemak kononnye~

salam~

ade ape dengan 26 april? hari FAZREENA di beranakkan la. konon konon nak buat surpise la. tapi tetibe pagi tu wana dah terwish plak kat budak tu. dah tak bape nak jadik sangat suprise. tapi akhirnye kitorang berjaye gak buat suprise coz ttbe wana bawak kek. kek itu sangat comel. suke suke. hahaha. wana yang beli. terima kasih wana muncit. hehe

sebenarnye aku ngan wana tak bincang betul betul pon pasal nak suprise suprise nie. wana just ajak pergi jogging kat tasek Y coz fazreena nie selalu jogging kat sane pagi pagi.  then, pagi pagi aku pon pegi la tasek ngan outfit nak jogging. siap ngan tuala segale bagai. over sungguh aku. tapi nak buat macam mane. aku memang ade DNA atlet. hahaha. perasan la ko wawa.

aku ajak fify sekali. suke suke aku je ajak fify, dah ajak baru nak inform wana. tapi aku tak takot pon sebab aku tau wana tak marah punye. kan wana muncit?. tak marah kan?. haha

datang datang je konon berkobar kobar la aku nak jogging ngan tuale sume dah sangkut kat leher. mp3 sumbat kat telinge segale. naseb baek aku tak bawak headphone. kalo tak mesti aku terlbey bergaye. tapi tak sempat pon ketiak nak berlecak ke pe. dah bersiar siar je lepas tu. jogging satu setengah tasek je. sungguh senonoh. hahaha

last last aku ngn wana bincang mase kitorang maen maen batu refleksiologi. bantai je ejaan nye. dah la terjerit jerit. suke hati bergaye aku je. bile pikir pikir balek. patot la aku ngn wana je bincang- bincang. fify duduk tepi je. nak tau tak nape?. sebab nye fify pakai stokin sekolah. kanak kanak. hahaha

then , kiteorang bagi kat fazreena kek tu kat asam manis je. sebab abang fazreena yang gagah petkasa nak lepak sane. malu malu betul sebab de abang die. hahaha

nie proses bakar lemak. jap ag topup lemak plak.

FAZREENA!!. hepi birthday~

nur syazwana amira malihan! aku tak kalah la. hahaha
kurang 2 minit lagi. yeay!~

Sunday, April 24, 2011

KEGUGURAN

salam~

semalan buat pertama kalinye untuk tahun nie aku tengok AF dari mule sampai habes. yela, sebab de operasi gugur dan serap tu kan. aku sebagai penonton yang tak berape nak setia pon cuak jugak. macam peserta plak aku nie. mane la tau pelajar yang aku suke tu tetibe kene gugur ke pe kan. dan tahun nie jugak buat pertama kali nye dalam sejarah AF aku minat pelajar perempuan. mesti korang akan fikir gatal nye budak nie nie, suke pelajar laki je.hahahaha. isk. tak baek tau tuduh tuduh. aku bukan gatal ke ape *tak nak ngaku* tapi dulu dulu punye AF kan aku kanak kanak lagi blom mumaiz *macam sekarang dah beso sangt je aku nie*. so, bile nampak pelajar yang hensem hensem macho sket je terus suke walaupon dorang nyanyi sumbang mambang. pelajar laki yang aku suke dulu dulu macam khai, kefli, shawal, akim *tapi akim sebelum die make over pon aku dah suke*. tapi kalau pikir pikir balek dorang nyanyi bukan sumbang sangat pon. cume faktor kehenseman dah kemachoan je buat aku lbey minat kat dorang. konon konon nye tahun nie aku dah pandai la sikit nak suke ikut bakat. cewah~!. tahun nie, buat julung kalinye aku suke pelajar perempuan iaitu LENA!!!..*tetibe terbayang kawan sekolah lina solehah* dari first konsert dah aku minat die.lagi lagi mase konsert kedua. die nyanyi lagu ziana zain-kekal. tengok die nyanyi memang meletop mantap gitu. RAFIQ pon aku minat jugak. macam nerd geek gitu. aku lagi suke die pkai spek. i like!. hehehe




bila aznil umum je de operasi gugur serap. aku terus jerit cakap "buang NERA. tak sedap langsung!" *bajet suare aku lagi merdu je kan*. hahahahahaha. 

tapi tetibe mase aznil umum AIDA yang kene gugur tu. aku ingatkan gimik je. rupenye betul betul. perghh! tak puas hati gile nape bukan NERA yang kene gugur. tapi takpe jugak kot sebab konsert ketiga persembahan nera agak best la kalo nak dibandingkan dari konsert sebelum sebelum nie. ceh!. pengkritik tak bertauliah pulok aku nie. hehehe. 

yeay!~. FINA kene serap. aku suke gak FINA nie. tapi tak puas hati nape name die FINA. sebab dulu aku ade sorang adek dorm name fina yang annoying giler. tak suke aku kat beliau. buat masalah je tau. ok. dah lari tajuk. perghh! mase first time FINA nie nyanyi. aku ternganga dowh. suare die tinggi. macam JACLYN victor gitu.*betul tak aku eja nie?*. kire FINA masok. AIDA keluar. FINA macam ganti kakak die, AIDA, sambung study dalam AF. *sambung study?* . FINA nie sebaya aku dowh. bangga dan riak nye aku.hahaha


gud luck la kat AMIR dan AIDA. mungkin dorang akan lbey berjaya. sape tau kan?..


cuak tak tengok tajuk?. KEGUGURAN. fauziah ahmad daud la yang cakap. nie operasi keguguran kan? awak calon keguguran. pe jadah?. nak suruh orang KEGUGURAN pulok. hehe

Friday, April 22, 2011

NANGKA OH NUGGET

selamat kepada semua.. hehe


akhirnye aku dah berjaya menyiapkan hasil jahitan aku yang kedua iaitu kurung malaysia. tapi sebenarnye tak la siap sangat lagi. tinggal nak kelim kelim je bawah bawah tu. gune jahitan silang pangkah. hand made gitu. tapi ade ke mesin made?. hahaha


tengah aku asyik masyukk jahit jahit kelim tu. tetibe bapak aku bukak bilik aku. biase la. anak dara. duduk dalam bilik je. agpon dalam bilik dah de laptop segala. bley online sepanjang mase dalam ape jua posisi dan aksi. tak keluar keluar bilik la aku. hehe


then, bapak aku cakap ade nuggeta dalam peti ais. die suruh aku makan ngan mak aku. mase dengar tu aku tak caye. aku tnye kat bapak aku dah siap goreng ke?.tapi bapak aku tak layan. blah macam tu je lepas tutup pintu balek. aku terus la berimaginasi ade nugget ikan dalam peti ais tu dah siap goreng. bayangkan la kegebuan nugget tu. disalut ngan serbuk roti yang rangup. kalo tak siap goreng lagi mesti la ayat bapak aku macam nie ' kat peti ais ade nugget. nak makan goreng sendiri. . aku pkir jap ag la makan. best nye de makanan. nyummy!~

bayangana aku dalam kepala. nyummy~


lepas 15 minit macam tu aku pg la dapur nak makan nugget yang bapak aku cakap tadi. cari cari nugget takde. bukan setakat yang dah goreng. yang tak goreng lagi pon ade. ikan je banyak yela, sebab bapak aku keje perikanan. so, kengkadang tu ade la nelayan nelayan tu kasik ikan kat bapak aku.


rupe rupenye, bapak aku ckap ade NANGKA la dalam peti ais. bukan nugget. sound troble betul la aku nie. aku terus dekah2 ketawe. bapak aku tanye plak nape aku ketawe. lagi terbahak bahak la aku ketawe. then, aku cakap la yang aku ingat kan ade NUGGET dalam peti ais rupe nye ade NANGKA. bapak aku teros la bebel bebel cakap aku tak korek telinga kejadah sume. aku sabo je ler~..haha


hancur luluh perasaan aku tak dapat makan nugget..hahaha
.