Thursday, January 26, 2012

hampeh

ok. hari nie dah hari khamis. maksudnye dah 5 hari aku duduk menjeruk kat rumah tak buat pape. ish. naek hari isnin dah la teros exam. tak study sekecil hama langsung lagi. ape nak jadik neyhhhh!!. waaaarghhhhhh!. -.-'

first day je dah fizik. warghhhh. tak pernah dapat A pon. tak tau la nape beliau susah sangat. dah la sains komputer tibe tibe masok sampai programming. JADAH!!. banyak gilaaa tau tak?. database tu pon aku tak ingat langsung pape. boleh pulak nak keluar sampai programming. ape ingat kitorang macam komputer ke?. kalau pekse guna komputer boleh la cari kat internet jawapan. hahahahaha

semalam keluar pegi kedai buku ye. kedai buku sahaja. tak berjoli bersama rakan rakan tercinta pon kali nie. tujuan pegi kedai buku ialah untuk MENGHABESKAN BAUNCER BUKU 1 MALAYSIA. kaya aku ade RM 200. kaya kaya. AKU KAYAAAA!!!. *tibe

dah la. aku tak tau nak cakap ape lagi. kbooiiiiii. hahahaha


Wednesday, January 11, 2012

askar wataniah

salam

woohoooo. belakang aku ade cctv nokk. kene hati hati update belog nie. buahahaha.

korang tau tak aku dah seminggu jadik askar wataniah?. ok. nie merepek.haha.takde makne nye aku nak jadik askar. dah la gedik. hahaha. aku dah jadik atlet dah sekarang. yela, macam mane tak jadik atlet. rabu lepas maen petanque. khamis maen basketball. jumaat bola tampar pastu isnin maen futsal.

maen futsal ngan basketball tu, aku berpeluh basah macam mandi dah. permainan yang sangat sangat tak basah ialah petanque. yelaaa. diri je tegak tegak pastu lontar bola kecik tuu. itu je la ulang ulang buat 12 kali. balek tu tangan just sengal sengal je laaa. yang paling dahsyat mesti la futsal ngn basketball. maen sampai badan sakit sakit, jalan terkengkang kengkang. perghh!. azab kot.

aku rase berat aku dah kurang 3 kilo. buahahahaha.perasan gilaa.walhal hari tu baru je naek 3 kilo.kecewa tau berat naek.dah la sekarang dah kurang makan. tibe ibe naek 3 kilo. aku macam ptffffff. ish. dah kene bersukan nakturun kan balek. aim utama nak turunkan berat sampai 45 kg jeee. hahaha. tapi macam kurus sangat pulak. takpe takpe. tengok je la nanti turun bape. kalau turun balek jadik berat yang asal pon dah bersyukur. hehe

Saturday, December 24, 2011

ilmu baru

salam

wohohohhh. lame kan tak update. alaaa awak nie. kita bukan tak nak update. tapi busy gila bila dah start sem 2 nie. banyak gila keje nak kene siapkan. banyak gila 'gila' . cuti cuti pon banyak keje. nak update mase hari rabu mase kelas sc comp pon tak boleh dah sebab sekarang dah ade pasang cctv. nanti kantoi la kita meng-update belog ketika dalam kelas.


haaaa. nie sekarang aku kat rumah. balek cuti krismas. cuti sampai isnin je. tapi sebenarnye bukan tu sebab utama aku nak balek pon. aku balek nie sebab hari nie birthday ayah!. hoho. balek laa nak celebrate same same.*tunjuk gigi*


tadi aku ngah syok syok online tetibe aku ade nampak status someone nie. die cakap:

perhatian Umat Islam!!!Penting!! Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya, HARAM bagi seseorang umat Islam untuk ucap "Merry Christmas"..ini kerana ia bermaksud ''Sejahtera Keatas Tuhan Jesus" (NAUZUBILAH) Sebarkanlah perkara ini, berdosa kita jika tak sampaikan benda yang hak.. (NAUZUBILLAH).. sila sebarkan jika anda beragama ISLAM..


aku macam. "ape!??. cisss bedebah betol!!!." konon konon je nie. hahaha


begini sekali orang kafir buat. ish. ish. ish. 


jadi nye kawan kawan, pesan kat semua kawan kawan korang, adek adek korang, jangan la cakap perkataan tu ag. even nyanyi pon tak boleh la kan. betol tak?. memang la itu bukan niat kita kalau kita nyanyi nyanyi lagu perayaan nie, tapi kan secara tak langsung kita dah tersebut "perkataan" tersebut. 

Wednesday, December 7, 2011

lagenda

 salam

salah satu game yang paling 'legend' antara semua game-game apps Apple
yang dimain oleh kanak kanak sampaiorang dewasa
semuanya suka bermain game ini?
Kenapa?
Apa yang best sangat game ni?
Cam simple je, game berkaitan burung-burung yang marah kepada babi-babi berwarna hijau yang mencuri telur mereka
jawapannya sebab....
Angry Birds....
dipenuhi dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah

1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)

antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang marah tu semuanya sanggup berkorban
menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan
mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri
tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih?
yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri!
yang putih pula?
sanggup mengorbankan anaknya!
itu bukanlah satu pengorbanan yang senang
menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad
segala-galanya untuk mencapai satu matlamatmenjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya... terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga..."

(At-Taubah 9:110)

2) Amal Jamaie

dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh
burung-burung yang marah itu tidak bertindak secara berseorangan
malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan
maka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka, bertindak secara berjemaah
untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu

3) Tanzim (organisasi) yang tersusun

tapi adakah diorang main langgar je sape yang serang dulu tidak diorang sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbeza
setiap burung mempunyai isti'ab (penguasaan) yang berbeza
jadi diorang susun
sape pergi dulu, lepas tu sape pergi dulu
kenapa?
sebab Saidina Ali mengatakan

"Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun"

4) Gerak kerja yang Muntijah (berhasil)

bagaimana pula cara diorang susun sape yang pergi dulu dan sape yang pergi dulu?
diorang susun dengan menilai
bagaimanakah cara yang paling muntij dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itu
maka setiap orang yang mempunyai isti'ab yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya
yang reti potong kayu pergi serang kayu
yang boleh hancurkan batu pg hancurkan batu
dan menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka
untuk detect, apakah kelemahan musuh kita
dan dengan segala kekuatan serta isti'ab jundi (tentera) yang berbeza-beza
bagaimanakah kita ingin menyusun strategi
untuk mencapai ustaziyatul alam

eh silap

untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit, dan masa yang paling cepat

5) Taat

dan sebagai qiyadah
perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuang
adalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atas
dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan
pasti tidak ada orang yang nak main
dan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh
jika qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas

6) Ukhuwah

lastly
kena faham
bahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuat
itulah teras dan tunjang utama kekuatan diorang
mereka sedih, marah, apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya
mereka merasai penderitaan saudara-saudara mereka

kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu bersaudara
seperti mana kita umat Islam bersaudara
jika salah satu daripada saudara kita sakit/derita, kita turut merasakan penderitaannya
dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita
daripada musuh yang nampak di dunia
dan juga musuh yang tidak nampak
yang menarik kita ke api neraka

kenapa?

sebab kita menyayangi saudara kita
sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang
kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam
tidak akan wujud game Angry Birds
jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka
begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam
malahan mustahil akan menang gerakan Islam
jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat"

(An-Nasr 110:1-3)

sedarlah
pertolongan Allah tidak akan datang jika tidak wujud ukhwah dan kesatuan di kalangan umat Islam
dan prinsip kepada kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan Al-Banna
semua yang korang baca tadi
adalah pengajaran daripada Angry Birds
tapi ada satu lagi pengajaran yang tersirat
iaitu jika kita melihat dunia ini dengan perspektif Islam yang jernih
kita akan memasuki sebuah dunia yang berbeza
dan kita akan mampu melihat apakah masalah umat Islam sebenarnya, sehingga mereka tidak mampu menang-menang lagi sampai sekarang...



#hahaha. saye amek kat facebook nie. kehkehkeh