Saturday, December 24, 2011

ilmu baru

salam

wohohohhh. lame kan tak update. alaaa awak nie. kita bukan tak nak update. tapi busy gila bila dah start sem 2 nie. banyak gila keje nak kene siapkan. banyak gila 'gila' . cuti cuti pon banyak keje. nak update mase hari rabu mase kelas sc comp pon tak boleh dah sebab sekarang dah ade pasang cctv. nanti kantoi la kita meng-update belog ketika dalam kelas.


haaaa. nie sekarang aku kat rumah. balek cuti krismas. cuti sampai isnin je. tapi sebenarnye bukan tu sebab utama aku nak balek pon. aku balek nie sebab hari nie birthday ayah!. hoho. balek laa nak celebrate same same.*tunjuk gigi*


tadi aku ngah syok syok online tetibe aku ade nampak status someone nie. die cakap:

perhatian Umat Islam!!!Penting!! Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya, HARAM bagi seseorang umat Islam untuk ucap "Merry Christmas"..ini kerana ia bermaksud ''Sejahtera Keatas Tuhan Jesus" (NAUZUBILAH) Sebarkanlah perkara ini, berdosa kita jika tak sampaikan benda yang hak.. (NAUZUBILLAH).. sila sebarkan jika anda beragama ISLAM..


aku macam. "ape!??. cisss bedebah betol!!!." konon konon je nie. hahaha


begini sekali orang kafir buat. ish. ish. ish. 


jadi nye kawan kawan, pesan kat semua kawan kawan korang, adek adek korang, jangan la cakap perkataan tu ag. even nyanyi pon tak boleh la kan. betol tak?. memang la itu bukan niat kita kalau kita nyanyi nyanyi lagu perayaan nie, tapi kan secara tak langsung kita dah tersebut "perkataan" tersebut. 

Wednesday, December 7, 2011

lagenda

 salam

salah satu game yang paling 'legend' antara semua game-game apps Apple
yang dimain oleh kanak kanak sampaiorang dewasa
semuanya suka bermain game ini?
Kenapa?
Apa yang best sangat game ni?
Cam simple je, game berkaitan burung-burung yang marah kepada babi-babi berwarna hijau yang mencuri telur mereka
jawapannya sebab....
Angry Birds....
dipenuhi dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah

1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)

antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang marah tu semuanya sanggup berkorban
menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan
mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri
tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih?
yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri!
yang putih pula?
sanggup mengorbankan anaknya!
itu bukanlah satu pengorbanan yang senang
menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad
segala-galanya untuk mencapai satu matlamatmenjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya... terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga..."

(At-Taubah 9:110)

2) Amal Jamaie

dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh
burung-burung yang marah itu tidak bertindak secara berseorangan
malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan
maka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka, bertindak secara berjemaah
untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu

3) Tanzim (organisasi) yang tersusun

tapi adakah diorang main langgar je sape yang serang dulu tidak diorang sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbeza
setiap burung mempunyai isti'ab (penguasaan) yang berbeza
jadi diorang susun
sape pergi dulu, lepas tu sape pergi dulu
kenapa?
sebab Saidina Ali mengatakan

"Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun"

4) Gerak kerja yang Muntijah (berhasil)

bagaimana pula cara diorang susun sape yang pergi dulu dan sape yang pergi dulu?
diorang susun dengan menilai
bagaimanakah cara yang paling muntij dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itu
maka setiap orang yang mempunyai isti'ab yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya
yang reti potong kayu pergi serang kayu
yang boleh hancurkan batu pg hancurkan batu
dan menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka
untuk detect, apakah kelemahan musuh kita
dan dengan segala kekuatan serta isti'ab jundi (tentera) yang berbeza-beza
bagaimanakah kita ingin menyusun strategi
untuk mencapai ustaziyatul alam

eh silap

untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit, dan masa yang paling cepat

5) Taat

dan sebagai qiyadah
perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuang
adalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atas
dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan
pasti tidak ada orang yang nak main
dan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh
jika qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas

6) Ukhuwah

lastly
kena faham
bahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuat
itulah teras dan tunjang utama kekuatan diorang
mereka sedih, marah, apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya
mereka merasai penderitaan saudara-saudara mereka

kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu bersaudara
seperti mana kita umat Islam bersaudara
jika salah satu daripada saudara kita sakit/derita, kita turut merasakan penderitaannya
dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita
daripada musuh yang nampak di dunia
dan juga musuh yang tidak nampak
yang menarik kita ke api neraka

kenapa?

sebab kita menyayangi saudara kita
sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang
kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam
tidak akan wujud game Angry Birds
jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka
begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam
malahan mustahil akan menang gerakan Islam
jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat"

(An-Nasr 110:1-3)

sedarlah
pertolongan Allah tidak akan datang jika tidak wujud ukhwah dan kesatuan di kalangan umat Islam
dan prinsip kepada kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan Al-Banna
semua yang korang baca tadi
adalah pengajaran daripada Angry Birds
tapi ada satu lagi pengajaran yang tersirat
iaitu jika kita melihat dunia ini dengan perspektif Islam yang jernih
kita akan memasuki sebuah dunia yang berbeza
dan kita akan mampu melihat apakah masalah umat Islam sebenarnya, sehingga mereka tidak mampu menang-menang lagi sampai sekarang...



#hahaha. saye amek kat facebook nie. kehkehkeh

Thursday, November 10, 2011

jenjalan #2

salam

perghh. nikmat betol cuti. dari pagi sampai petang online, tengok movie kalau tak kuar pegi jenjalan. bangun bangun pegi dapur tengok ape boley makan. then makan depan laptop. heaven. hahahaha. kantoi je tak mandi lagi. hahahahaha

semalam pegi hangout ag. tapi kali nie ngan kawan kawan sekolah dulu. jumaat lepas tu ngan kawan kawan matrik yeee. alahai. yg kat jenjalan #1 tu laaaaa. dah lame dah tak jumpe mereka. dari lepas amek result spm tahun lepas kot. lepas tu semua pon dah busy nak sambung study. tapi mereka bukan kesah sangt pon sebab mereka semua kat kmj. aku je tersesat pegi kmm tu. ape la naseb. haishhh!~


haaa. tengok ini pic dari kiri yee. yang purple tu tak tau study kat mane sekarang sebab die kelas laen. tak kenal sangat.. shawl merah kat uthm. sebelahnye tu aku laa kan kat kmm. kenal tak?. tau la cun. hahaha. dan sume yang ag empat ke kanan tu semua nye kat kmj. kmj dimonopoli oleh budak budak tigs yeee. bosaannn. hahaha

sebenarnye janji nak jumpe pukul 2 tapi aku pukul 10 dah kuar rumah sebab nak teman piqa pegi sekolah dulu amek sijil spm. so, puluk 12 lbey dah sampai dah kat bpmall tu. sampai sampai je terus makan kfc ngan fify sebab dah lapo tahap gaban.

kuar kali nie tak buat aktiviti ape sangat sebab fify nak balek pukul 3 aku pulak nak balek pukul 4. nak tengok wayang pon tak sempat. kami just lepak lepak kat food court bpmall tu sambil ketawe terbahak bahak umpama food court itu kami yang punya. muahahahahahahahahaha!~


duduk kat food court tu bley tahan lame la jugak. dah la duduk ramai ramai. tapi fazreena sorang je yang beli makanan. maggi je pulak tu. boley la kan. buat ade ade. tira ngan wana ag laaa beli mr.magic je. walhal sebelah tempat kami duduk tu cantek je ade tertampal papan tande "OUTSIDE FOOD ARE NOT ALLOWED". hahahahaha



lepas lepak lepak kat food court konon nak pegi maen bowling. siap dah diri depan pintu ag. tapi tak jadik sebab ramai orang maen. mungkin tiada lane lagi untuk kami. so amek pic depan bowling je laaaa. weeeee


aku yang jerit jerit 'cepat amek pic kat eskalator. sorang satu tangga' buruk perangai kau nie rupenye. hahaha


akhirnye lepas tak jadik maen bowling kami karok je laaa. samapi serak serak suara aku nyanyi. sape suruh kalian malu malu. aku nyanyi je la banyak banyak lagu walhal aku bayar seringgit jeee. kahkahkahkah


nie pic before fify balek. pose dulu gaya model. nampak tak ketinggianku di situ. yang tira aku tak tau die pose gaya ape tu. hahaha


aku paling suke pic nieee. nampak tak senyuman aku lebar. comel gak ek senyum macam nie. nak senyum macam nie la lepas nie. nampak gigi semua. comel. comel. hahaha. perasannn. 


Wednesday, November 9, 2011

lipas

salam

tadi aku joget joget nak pegi toilet 
nak amek wuduk nak sembahyang isyak
yela kan. nak amek wuduk mesti la nak pg sembahyang kan
tak kan tetibe pegi merempit pulak.
betol tak?. 
hahaha
lalu aku berdiri di hadapan pintu toilet
warghhh!!!
ade lipas kat sinki
perghh!
takot!. takot!
lari lari aku tanpa joget joget pegi kat ayah
ayah siap cakap
'eleh, badan besar takot lipas'
alaaaaaaaa
bukan takot
tapi tau tak lipas tu pantasss
mcm mane kalau tetibe die naek badan aku
haaa!. haa! haaa! kan?
nak cakap tu je
kbai